CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 19 October 2011

MARILAH BELAJAR TATABAHASA- SINONIM


Kosa Kata : Sinonim
Nota
1.
Sinonim ialah perkataan  yang sama erti atau maknanya.
2.
Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna.
3.
Di dalam kertas UPSR, soalan yang berkaitan dengan sinonim kerap ditanyakan. Ada kalanya, soalan tentang sinonim turut ditanyakan dalam  bahagian pemahaman.
4.
Yang berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan dengan sinonimnya.

Perkataan
Sinonim 
Askar
perajurit; soldadu; tentera
Awas
hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada
Azab
derita; kesengsaraan, penderitaan, seksaan, sengsara.
Benar
betul, sah, sejati, sungguh
Bijak
berakal, cendekia, cerdik, pintar, pandai
Buruk
hodoh, lama; usang
Carik
cabik; koyak; robek; sobek
Cerdik
berakal; bijak; pandai; pintar
Cocok
akur; sama; sepadan; sepakat; sesuai; setuju; tepat.
Daya
akal; ikhtiar; jalan; kekuatan; kemampuan; muslihat; pengaruh; tenaga; tipu (memperdaya) menipu
Erat
karib; kuat; rapat; teguh
Handal
cekap; bijak; gagah; setia
Khayal
angan-angan
Tulus
ikhlas, jujur

MARILAH BELAJAR TATABAHASA- SIMPULAN BAHASA


Peribahasa : Simpulan Bahasa 
1.
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  
2.
Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.  
3.
Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan.  
4.
Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya.  
5.
Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.  
Contoh :
 
Simpulan Bahasa
  Maksud
 
banyak mulut
 
suka bercakap
besar kepala
degil
otak cair
cerdik
ringan mulut
peramah
tangkai jering
kedekut
 
7.
Selain simpulan bahasa, murid-murid perlu juga mempelajari bentuk-bentuk peribahasa yang lain seperti:  
    1. perumpamaan
    2. bidalan
    3. pepatah
 
8.
Simpulan Bahasa
1.
Adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
2.
Biasanya terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.
3.
Yang berikut merupakan contoh simpulan bahasa berserta dengan maksudnya:

Simpulan Bahasa
Maksudnya
Ada hati
Mempunyai keinginan terhadap sesuatu
Ajak-ajak ayam
Mempelawa seseorang tanpa sungguh-sungguh
Anak emas
Orang yang amat disayangi
Batu api
Penghasut
Buah mulut
Perkara yang menjadi sebut-sebutan orang
Buah tangan
Oleh-oleh
Jauh hati
Tersinggung oleh percakapan atau perbuatan orang lain
Kepala batu
Degil; enggan mendengar nasihat
Makan angin
Bersiar-siar di sesuatu tempat
Otak cair
Cerdik; bijak
Otak udang
Bodoh
Panas hati
Sangat marah
Ringan mulut
Peramah
Ringan tangan
Suka menolong orang
Ringan tulang
Rajin bekerja
Sampai hati
Tergamak
Serkap jarang
Tuduhan yang dibuat secara agak-agak
Tajam akal
Cerdik; pintar
Tawar hati
Tidak bersemangat
Tangkai jering
Orang yang kedekut

















MARILAH BELAJAR TATABAHASA- KATA PENEGAS,KATA NAFI,KATA PEMERI

Tatabahasa : Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri
1.
Kata penegas, kata nafi dan kata pemeri merupakan antara jenis-jenis kata tugas.
2.
Kata penegas ialah kata  yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
3.
Contoh-contoh kata penegas adalah seperti -kah, -tah,  -lah,  juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
4.
Perhatikan contoh penggunaan kata penegas dalam ayat-ayat yang berikut:
(a)    Siapakah yang datang itu?
(b)    Apatah nasib kita.
(c)     Pemuda itulah tunangnya.
(d)    Kami juga ingin ke sana.
(e)    Cikgu Halim pun turut serta dalam lawatan itu.
(f)       Hamid memang kuat makan.
(g)    Hujan masih belum berhenti lagi
 
5.
Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan frasa-frasa predikat ayat.
6.
Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
7.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
 
Contoh:     
(a)     Rashidah bukan rakan sekelas saya. 
(b)     Hadiah ini bukan untuk saya. 
 
8.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh: 
(a)     Ali tidak datang ke sekolah semalam. 
(b)     Tuduhannya itu tidak benar.
 
9.
Kata ialah merupakan kata pemeri yang diletakkan di hadapan  kata nama, manakala kata adalah diletakkan di hadapan  kata adjektif dan kata sendi nama. 
Contoh: 
(a)       Pemenang pertandingan itu ialah Kumpulan Biru. 
(b)       Cerita yang kamu dengar itu adalah karut semata-mata. 
(c)        Kelemahan penyanyi itu adalah dari segi komunikasinya dengan
    penonton.