CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 8 November 2011

Pendekatan Pengajaran Tatabahasa

Pengajaran tatabahasa biasanya diajar secara tidak langsung. Aspek-aspek yang diajar oleh guru ketika menyampaikan pelajaran melalui bacaan atau karangan. Segala penerangan atau penjelasan dengan berpandukan contoh ayat dan perkataan. Pengajaran tatabahasa biasanya diajar bersama-sama dengan tajuk lain terutama dalam karangan, bacaan atau puisi. Antara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ialah: 1. Guru hendaklah mengemukan contoh-contoh tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai. 2. Murid-murid diberi latihan dalam bentuk latih tubi untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang diajar. 3. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi untuk memudahkan murid-murid memahami dan boleh menggunakan kemahiran serta aspek tatabahasa tersebut. 4. Pendekatan ini juga menitikberatkan pengetahuan murid menggunakan aspek tatabahasa yang dipelajari itu dengan betul dan tepat.